{"product_id":"tunggu-teduh-dulu-9786299536284","title":"Tunggu Teduh Dulu","description":"\u003cp\u003e\u003cspan\u003e“Orang tak boleh pandang kita lemah. Kita perempuan Islam yang ada kekuatan dan maruah.”\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eSalsabila Fahim mahu menjadi usahawan ladang betik yang berjaya.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eMeski arena bisnes dan perladangan bukan sesuatu yang sinonim dengan wanita sepertinya, Salsabila yakin, dengan Teh Sofia — kawan baiknya di sisi, mereka pasti dapat mengharunginya.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eNamun pada saat ladangnya diserang ancaman birokrasi dan tragedi, Teh Sofia menghilang, meninggalkan dia sendiri.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eDetik itu juga, dua jejaka merangkap rakan lamanya, Kamil dan Lam mendesak Salsabila memilih; siapakah cinta hatinya.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eIbu pula semakin tenat.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003e\"Sal, tak bolehkah kau tinggalkan ladang sebentar?\"\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003e*\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eBergelut dengan urusan-urusan yang tak lekang mendesak, Salsabila terhimpit, lalu kembali kepada-Nya berkali-kali.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eIni cerita mengenai hubungan manusia dengan manusia; dan hubungan manusia dengan Penciptanya. Cinta boleh pudar, tetapi belas kasihan atas nama Allah akan berkekalan.\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Iman Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":43121016996046,"sku":"9786299536284","price":40.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0601\/0883\/2974\/files\/9786299536284_a.png?v=1755055296","url":"https:\/\/www.bookxcess.live\/products\/tunggu-teduh-dulu-9786299536284","provider":"BookXcess","version":"1.0","type":"link"}