{"product_id":"soal-jodoh-taaruf-9786299628552","title":"Soal Jodoh \u0026 Taaruf","description":"\u003cp\u003e\u003cspan\u003eApabila bercakap tentang jodoh dan kahwin, pelbagai persoalan berlegar dalam kepala.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003e'Di mana aku nak cari orangnya?' \u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003e'Calon macam mana yang aku kena cari?'\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003e'Serasi ke dia dengan aku? Macam tak ada benda yang sama pun.'\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003e'Betul ke dia jodoh aku? Macam mana kalau akhirnya tak jadi?'\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eSetiap fasa – bermula daripada mencari, kepada berjumpa calon, dan akhirnya membuat persiapan untuk melalui hari pernikahan – dilalui dengan rasa risau terhadap perkara yang tidak pasti.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003ePerihal jodoh ini sebenarnya amat sulit. Pun begitu, kita tetap berfikir tentangnya – kerana kita semua ada keinginan untuk berpasangan. Cumanya, ramai antara kita tidak tahu hendak mula dari mana. \u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eMenerusi Soal Jodoh \u0026amp; Taaruf, Aiman Azlan yang merupakan kaunselor perkahwinan dan seorang Taaruf Coach memperkenalkan 5 Fasa yang praktikal sebagai panduan menuju ke gerbang perkahwinan. \u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003eBuku ini dibawa dengan teliti dan jujur agar perjalanan istimewa dapat dilalui dengan lebih yakin dan tenang – di penghujungnya, semoga dijanjikan kebahagiaan sehingga usia tua.\u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003e*** \u003c\/span\u003e\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e\u003cspan\u003e“Kita harus melihat perjalanan mencari jodoh itu dengan lensa baharu – di mana berkahwin bukannya tentang sempurna, tetapi tentang sedar dan sedia.”\u003c\/span\u003e\u003c\/p\u003e","brand":"Iman Publication","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":43152991977678,"sku":"9786299628552","price":35.0,"currency_code":"MYR","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0601\/0883\/2974\/files\/9786299628552_a.png?v=1757475863","url":"https:\/\/www.bookxcess.live\/products\/soal-jodoh-taaruf-9786299628552","provider":"BookXcess","version":"1.0","type":"link"}